LOGO BUDAYA KORPORAT Latar Belakang Putih | |
Melambangkan kepentingan kebersihan, keikhlasan dan kesungguhan anggota Kementerian Kesihatan Malaysia menjalankan tugas. | |
Sentuhan di Hati | |
Melambangkan kelembutan, kemesraan dan keprihatinan semasa menjalankan tugas. | |
Hati Berwarna Merah | |
Melambangkan semangat dan komitmen anggota Kementerian Kesihatan Malaysia untuk meningkatkan mutu perkhidmatan. | |
Tangan | |
Melambangkan keikhlasan dan kesediaan untuk membantu. | |
Nilai-nilai Teras | |
Menonjolkan prinsip-prinsip yang dipegang semasa menjalankan tugas. | |
MOTO Kami Sedia Membantu Kami - Semua anggota Kementerian Kesihatan Malaysia bekerja sebagai satu pasukan untuk mencapai matlamat yang sama. Sedia - Sentiasa bersiap sedia untuk memberi perkhidmatan secara profesional. Membantu - Ikhlas semasa memberi bantuan dan menjalankan tugas. NILAI-NILAI TERAS Penyayang Kami komited untuk menerima pelanggan dengan sikap ramah mesra dan penuh perhatian. Kami bersedia memberi layanan dengan bersopan santun, responsif dan menghormati hak individu. Kami bertanggungjawab memberi perkhidmatan yang mesra pelanggan. Profesionalisme Kami komited untuk memberi perkhidmatan yang terbaik merangkumi etika dan taraf kerja yang dikehendaki serta prinsip anggota yang bertanggungjawab. Kami percaya dalam memberikan perkhidmatan cemerlang dan sentiasa bersedia memenuhi harapan masyarakat. Kerja Berpasukan Kami komited untuk bekerja sebagai satu pasukan dengan harmoni bagi mencapai matlamat yang sama. JANJI KAMI Kami Sedia Membantu Kami Komited terhadap keperluan anda Memastikan perkhidmatan yang adil, mesra, rasa hormat dan prihatin. Kami melaksanakan apa yang dirancang Menjanjikan anda tahap profesionalisme yang tertinggi dalam segala urusan penyampaian perkhidmatan. Kami berdedikasi terhadap tugas Bekerjasama untuk mengukuhkan produktiviti dan meningkatkan kecekapan. KOMITMEN KAMI Kami komited memberikan perkhidmatan kepada setiap pesakit dengan penuh rasa kemesraan, kejujuran dan keikhlasan. Kami komited memberikan perkhidmatan yang efektif dengan bersikap profesional, tekun, mudah didekati dan bersopan santun. Kami komited bekerja sebagai satu pasukan untuk memastikan perkhidmatan yang diberikan sentiasa efisien, efektif dan produktif. IKRAR BUDAYA KORPORAT KKM Bahawasanya kami, WARGA KERJA KKM, berikrar:
|
Sunday, 16 February 2014
Imbasan Sejarah | ![]() | ![]() | ![]() |
Pejabat Kesihatan Kota Tinggi mula ditubuhkan dan beroperasi pada 1952 dengan bertempat di bahagian stor Hospital Kota Tinggi (yang sekarang ini) dengan diketuai oleh seorang Pegawai Kesihatan Kanan, seorang Inspektor Kesihatan Kanan dan 13 orang kakitangan sokongan. Perkhidmatan yang di sediakan adalah Pengurusan Kesihatan Awam, Klinik Pesakit Luar yang berganding dengan Kesihatan Ibu dan Anak serta pentadbiran.
Pada tahun 1961 Pusat Kesihatan Besar (PKB) ditubuhkan di kawasan KKIA sekarang ini yang memberikan perkhidmatan Pesakit Luar dan ibu hamil serta kanak-kanak. Pada tahun 1968 Pejabat Kesihatan Kota Tinggi yang semakin berkembang telah berpindah daripada Stor ke wad kelas ke dua sekarang ini di Hospital Kota Tinggi dan jumlah kakitangan bertambah seiring dengan pertambahan skop perkhidmatan yang diberikan. Lewat tahun 60an dan awal tahun 70an perkhidmatan Kesihatan semakin berkembang dengan penubuhan Klinik Kesihatan Bukit Besar dan diikuti KK Tg. Sedili. Pertambahan penduduk yang cepat ini berlaku kerana Pembukaan Rancangan Felda yang membawa masuk ramai warga luar ke Kota Tinggi.Perkhidmatan pasukan bergerak bermula pada awal tahun 1970an.
Pejabat Kesihatan Kota Tinggi berpindah ke tempat sekarang di Jalan Tun Habab pada tahun 1976. Terletak 3 km dari Bandar dan 2 km dari Hospital Kota Tinggi. Pejabat Kesihatan Daerah Kota Tinggi dirasmikan penubuhannya pada tanggal 28hb Januari 1978. Upacara pembukaannya dirasmikan oleh YB Tan Sri Chong Hon Nyan PSM. JMN selaku Menteri Kesihatan Malaysia pada waktu itu. Pejabat Kesihatan Kota Tinggi sekarang ini diketuai oleh seorang Pegawai Kesihatan Daerah UD 54 dengan keanggotaan seramai 400 hingga 500 orang kakitangan.
Perkhidmatan Kesihatan di daerah Kota Tinggi bermula dengan Program Jagaan Ibu dan Anak yang berkembang dari tahun ke tahun sejajar dengan keperluan masyarakat setempat dan kawasan yang amat pesat membangun. Mulai tahun 1997, program-program `expanded scope’ di bawah saranan Kementerian Kesihatan Malaysia telah dilaksanakan, iaitu Program Kesihatan Warga Emas, Program Kesihatan Mental, Program Kesihatan Remaja dan Pemulihan Dalam Komuniti (PDK).
Pada masa kini, terdapat tiga unit utama di Pejabat Kesihatan Kota Tinggi iaitu Unit Kesihatan Keluarga (termasuk Kesihatan Primer dan Pemakanan), Unit Kawalan Penyakit (terdiri daripada Unit Kawalan Penyakit Berjangkit, Unit Kawalan HIV/AIDS, Unit Kawalan TB/Kusta, Unit Kawalan Penyakit Bawaan Vektor, Unit Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit, Unit Kesihatan Pekerja dan Alam Sekitar, Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan , Unit Inspektorat dan Perundangan serta Unit Pengurusan.
Di bawah pentadbiran Pembangunan Kesihatan Keluarga terdapat 12 buah Klinik Kesihatan (KK) , sebuah Klinik Kesihatan Ibu dan Kanak- kanak (KKIA) satu K1M dan tiga puluh (30) buah Klinik Desa (KD). Pada pertengahan tahun 2007 Pejabat Kesihatan Kota Tinggi menuju satu lagi langkah ke hadapan iaitu ke arah mendapatkan persijilan MS ISO 9001:2008.
Pejabat Kesihatan Daerah Kota Tinggi sentiasa berusaha meningkatkan kualiti perkhidmatan dari semasa ke semasa bagi memenuhi kehendak pelanggan melalui sistem kualiti MS ISO 9001 : 2000.
Dan pada tahun 2014, PKD Kota Tinggi melangkah setapak lagi langkah penambahbaikan berterusan dengan ke arah pelaksanaan dan persijilan 5S...
Good luck...
|
Latar Belakang | ![]() | ![]() | ![]() |
Pejabat Kesihatan Kota Tinggi mula beroperasi dan dirasmikan pada 1979 Menteri Kesihatan Malaysia. Daerah Kota Tinggi terletak di Selatan Semananjung Pantai Timur daerah terbesar di Negeri Johor dengan keluasan 3,500 batu persegi dan terkenal dengan pelancongan dan sejarah.
Di Daerah Kota Tinggi terdapat sebuah Hospital Kerajaan, sebuah Pejabat Kesihatan, 13 buah Klinik Kesihatan 1 KKIA dan 1K1M, 30 buah Klinik Desa, 3 Buah Klinik Pergigian, 24 Buah Klinik Swasta, 2 buah Klinik Pergigian Swasta, 2 buah Pusat Haemodialisis Persendirian dengan jumlah kemudahan kesihatan yang ada di daerah ini sebanyak 78 buah.
Pejabat Kesihatan Kota Tinggi di tadbir oleh Dr Hjh Norhamimah bt Hj Abdullah Pegawai Kesihatan Daerah dari tahun 2006 sehingga kini.
![]() |
Pengenalan
Monday, April 20, 2009
BUDAYA KORPORAT-KAMI SEDIA MEMBANTU
1.Tanggal 20 April 2009, serentak di seluruh institusi kesihatan di Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) telah melancarkan program penerapan budaya korporat bermottokan "KAMI SEDIA MEMBANTU"
2.jika dilihat logo yang dicipta berlatarbelakangkan tangan kanan yang menyentuh bentuk hati/'love' yang berwarna merah disisipkan dengan tiga nilai teras utama dalam budaya korporat KKM
3.mengikut definisi yang diambil dari sumber KKM, 'sentuhan di hati' melambangkan kelembutan, kemesraan dan keprihatinan semasa menjalankan tugas, 'hati berwarna merah' melambangkan semangat dan komitmen anggota kementerian kesihatan malaysia untuk meningkatkan mutu perkhidmatan, 'tangan' melambangkan keikhlasan dan kesediaan untuk membantu, 'latarbelakang putih logo' pula melambangkan kepentingan kebersihan, keikhlasan dan kesungguhan anggota KKM menjalankan tugas dan manakala 'nilai-nilai teras' menonjolkan prinsip-prinsip yang dipegang semasa menjalankan tugas.
4.moto 'KAMI SEDIA MEMBANTU' pula dihuraikan satu persatu dari 3 perkataan ini iaitu:-
i)'kami' bermaksud semua anggota kementerian kesihatan malaysia bekerja satu pasukan untuk mencapai matlamat.kata ganti diri kami diambil untuk menunjukkan semangat kerjasama didalam pasukan semua anggota kementerian.sebagai contoh, ada seorang pesakit yang mengalami patah tulang kaki (open fracture femur) disebabkan oleh kemalangan jalanraya, untuk merawat pesakit ini memerlukan kerjasama sebuah pasukan dari awal lagi. dari mula pesakit itu mengalami kecederaan, beliau akan dibawa oleh ambulance call team yang terdiri daripada pemandu ambulan, pembantu perawatan kesihatan(PPK) dan penolong pegawai perubatan(PPP) ke hospital berdekatan.beliau akan dirawat oleh pakar ortopaedic untuk menjalani pembedahan (plating femur), sebelum itu pesakit perlu dirujuk ke juru xray untuk dibuat beberapa xray untuk melihat tahap kecederaan tulang itu, dan selepas dibedah akan disusuli rawatan 'dressing' luka oleh jururawat sehingga dibuat susulan fisioterapi oleh ahli fisioterapi untuk melatih pesakit untuk berjalan semula (ambulation and limb strengthening). jika dilihat disini seorang pesakit itu akan dirawat oleh pelbagai disiplin dalam KKM yang merupakan sebuah pasukan yang saling bekerjasama erat untuk mencapai sesuatu matlamat itu.
ii)'sedia' bermaksud sentiasa bersiap sedia memberi perkhidmatan secara profesional.disini pula, saya megambil contoh dimana seseorang doktor hendaklah sentiasa bersedia untuk dipanggil bertugas, tidak hanya semasa waktu oncall bahkan semasa tidak oncall jika terdapat kes-kes kecemasan yang sangat-sangat memerlukan pertolongan.perkhidmatan yang diberikan juga hendaklah berprofesionalisme, tidak mengira bangsa, agama atau pangkat.
iii)'membantu' memberi pengertian ikhlas semasa memberi bantuan dan menjalankan tugas.walaupun anggota KKM bekerja dengan mendapat gaji dan elaun, tetapi perlu disemai sifat keikhlasan semasa menjalankan tugas supaya tugas yang dijalankan mencapai objektif dan sempurna. Disamping itu juga, kerja yang yang dibuat dengan hati yang ikhlas akan memberikan kepuasan dan kegembiraan dihati anggota yang menjalankan tugas.
4. Nilai-nilai teras yang dinyatakan adalah:-
i)Penyayang
Kami komited untuk menerima pelanggan dengan sikap ramah mesra dan penuh perhatian. Kami bersedia memberi layanan dengan bersopan santun, responsif dan menghormati hak individu. Kami bertanggungjawab memberi perkhidmatan yang mesra pelanggan.
ii)Profesionalisme
Kami komited untuk memberi perkhidmatan yang terbaik merangkumi etika dan taraf kerja yang dikehendaki serta prinsip anggota yang bertanggungjawab. Kami percaya dalam memberikan perkhidmatan cemerlang dan sentiasa bersedia memenuhi harapan masyarakat.
iii)Kerja Berpasukan
Kami komited untuk bekerja sebagai satu pasukan dengan harmoni bagi mencapai matlamat yang sama.
kesimpulannya, program penerapan budaya korporat ini diharap dapat meningkatkan lagi mutu perkhidmatan anggota-anggota kementerian kesihatan malaysia untuk seluruh rakyat malaysia untuk mencapai matlamat wawasan 2020 negara maju.

Subscribe to:
Posts (Atom)