Imbasan Sejarah | ![]() | ![]() | ![]() |
Pejabat Kesihatan Kota Tinggi mula ditubuhkan dan beroperasi pada 1952 dengan bertempat di bahagian stor Hospital Kota Tinggi (yang sekarang ini) dengan diketuai oleh seorang Pegawai Kesihatan Kanan, seorang Inspektor Kesihatan Kanan dan 13 orang kakitangan sokongan. Perkhidmatan yang di sediakan adalah Pengurusan Kesihatan Awam, Klinik Pesakit Luar yang berganding dengan Kesihatan Ibu dan Anak serta pentadbiran.
Pada tahun 1961 Pusat Kesihatan Besar (PKB) ditubuhkan di kawasan KKIA sekarang ini yang memberikan perkhidmatan Pesakit Luar dan ibu hamil serta kanak-kanak. Pada tahun 1968 Pejabat Kesihatan Kota Tinggi yang semakin berkembang telah berpindah daripada Stor ke wad kelas ke dua sekarang ini di Hospital Kota Tinggi dan jumlah kakitangan bertambah seiring dengan pertambahan skop perkhidmatan yang diberikan. Lewat tahun 60an dan awal tahun 70an perkhidmatan Kesihatan semakin berkembang dengan penubuhan Klinik Kesihatan Bukit Besar dan diikuti KK Tg. Sedili. Pertambahan penduduk yang cepat ini berlaku kerana Pembukaan Rancangan Felda yang membawa masuk ramai warga luar ke Kota Tinggi.Perkhidmatan pasukan bergerak bermula pada awal tahun 1970an.
Pejabat Kesihatan Kota Tinggi berpindah ke tempat sekarang di Jalan Tun Habab pada tahun 1976. Terletak 3 km dari Bandar dan 2 km dari Hospital Kota Tinggi. Pejabat Kesihatan Daerah Kota Tinggi dirasmikan penubuhannya pada tanggal 28hb Januari 1978. Upacara pembukaannya dirasmikan oleh YB Tan Sri Chong Hon Nyan PSM. JMN selaku Menteri Kesihatan Malaysia pada waktu itu. Pejabat Kesihatan Kota Tinggi sekarang ini diketuai oleh seorang Pegawai Kesihatan Daerah UD 54 dengan keanggotaan seramai 400 hingga 500 orang kakitangan.
Perkhidmatan Kesihatan di daerah Kota Tinggi bermula dengan Program Jagaan Ibu dan Anak yang berkembang dari tahun ke tahun sejajar dengan keperluan masyarakat setempat dan kawasan yang amat pesat membangun. Mulai tahun 1997, program-program `expanded scope’ di bawah saranan Kementerian Kesihatan Malaysia telah dilaksanakan, iaitu Program Kesihatan Warga Emas, Program Kesihatan Mental, Program Kesihatan Remaja dan Pemulihan Dalam Komuniti (PDK).
Pada masa kini, terdapat tiga unit utama di Pejabat Kesihatan Kota Tinggi iaitu Unit Kesihatan Keluarga (termasuk Kesihatan Primer dan Pemakanan), Unit Kawalan Penyakit (terdiri daripada Unit Kawalan Penyakit Berjangkit, Unit Kawalan HIV/AIDS, Unit Kawalan TB/Kusta, Unit Kawalan Penyakit Bawaan Vektor, Unit Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit, Unit Kesihatan Pekerja dan Alam Sekitar, Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan , Unit Inspektorat dan Perundangan serta Unit Pengurusan.
Di bawah pentadbiran Pembangunan Kesihatan Keluarga terdapat 12 buah Klinik Kesihatan (KK) , sebuah Klinik Kesihatan Ibu dan Kanak- kanak (KKIA) satu K1M dan tiga puluh (30) buah Klinik Desa (KD). Pada pertengahan tahun 2007 Pejabat Kesihatan Kota Tinggi menuju satu lagi langkah ke hadapan iaitu ke arah mendapatkan persijilan MS ISO 9001:2008.
Pejabat Kesihatan Daerah Kota Tinggi sentiasa berusaha meningkatkan kualiti perkhidmatan dari semasa ke semasa bagi memenuhi kehendak pelanggan melalui sistem kualiti MS ISO 9001 : 2000.
Dan pada tahun 2014, PKD Kota Tinggi melangkah setapak lagi langkah penambahbaikan berterusan dengan ke arah pelaksanaan dan persijilan 5S...
Good luck...
|
No comments:
Post a Comment